Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Foto fail Bernama

Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Musa adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 Sept 2024 hingga 12 Sept 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

Musa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Julai 1981 sehingga Mac 1986.

Beliau juga pernah menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Pengerusi Sesi ke-51 dan ke-52 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia.

Pengerusi Emeritus United Malayan Land Bhd itu juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad dan Kumpulan Guthrie. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan