Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat yang tidak mempunyai identiti ditemui terapung di Sungai Penasu. Foto IPD Meradong

Mayat dijumpai terapung di Sungai Penasu, polis minta pihak hilang anggota keluarga tampil ke balai

BINTANGOR, 25 Sept: Polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Penasu, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Sekam Anoi berkata, mayat dijumpai terapung, berseluar panjang warna gelap serta tidak berbaju pada jam 8.10 malam, 28 Ogos lalu.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mayat terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ia dipercayai berada di dalam sungai itu dalam jangka masa melebihi lima hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput dan berbau busuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga memohon mana-mana orang awam yang kehilangan saudara mara berusia lingkungan umur 30 hingga ke 50 tahun agar tampil ke Balai Polis Bintangor bagi tujuan pengecaman dan semakan identiti.

Mereka juga boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mujok Seli menerusi talian 011-25068028 atau 084-691150 (pejabat).

“Ketika ini, mayat masih berada di Bilik Forensik Hospital Sarikei,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found