Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan dari udara kawasan sawah padi dan sekolah yang ditenggelami air ketika tinjauan situasi banjir dekat Jitra pada Khamis. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 5,454 orang pagi ini

ByBernama

ALOR SETAR, 25 Sept: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menunjukkan penurunan kepada 5,454 orang daripada 1,745 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,592 orang daripada 1,788 keluarga, malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa itu ditempatkan di 29 PPS di empat daerah.

Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi apabila sebanyak 3,672 mangsa daripada 1,196 keluarga dipindahkan di 16 PPS diikuti daerah Pendang 1,565 orang daripada 478 keluarga berada di 10 PPS.

Daerah Kubang Pasu pula mencatatkan 153 mangsa daripada 46 keluarga yang berada di dua PPS manakala di Pokok Sena pula, sebanyak 64 orang daripada 25 keluarga ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 1.76 meter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan