Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori treler sarat muatan berat tergelonsor ke dalam sungai di Pangkalan Feri Sawai semalam.

Lori treler muatan berat terjatuh ke dalam sungai di Pengkalan Feri Sawai

DARO, 25 Sept: Kejadian lori treler terjatuh ke dalam sungai di Pangkalan Feri Sawai semalam dikenal pasti berpunca daripada muatan yang terlalu berat.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superitendan Rahim Minios berkata, insiden kira-kira 10.30 pagi itu berlaku kerana feri tidak mampu menampung bebanan terlampau berat.

Katanya, ia mengakibatkan rantai ramp putus dan patah.

“Lori terbabit dalam perjalanan menghantar jentera berat graider dari Bintulu ke Daro.

“Ketika kejadian pemandu berusia 51 tahun itu sempat keluar daripada kenderaannya untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, insiden mengakibatkan mangsa kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai, kad bank, kad pengenalan dan telefon bimbit.

Kejadian yang dirakam itu turut tular menerusi pelbagai platform media sosial. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan