Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Yusdi Abang Annuar dan Mohd Feroz Hamdan. Foto Akma Salleh (TVS)

Lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow beri semangat kepada atlet boling Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Sept: Lagu Apa Khabar nyanyian artis hip hop terkenal tanah air, Joe Flizzow menyuntik semangat kepada pasukan boling tenpin Sarawak yang beraksi pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Salah seorang atlet, Abang Yusdi Abang Annuar berkata, ini kerana bait-bait lirik itu banyak memberi dorongan kepada atlet orang kurang upaya (OKU) seperti mereka.

Para SUKMA Sarawak: 25 bas Rapid KL tiba di Sarawak untuk kegunaan atlet

“Lirik lagu itu ada menyebut angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita.

“Oleh itu apa yang diharapkan agar impian kami dapat menjadi realiti seperti apa yang diidamkan,” katanya yang akan beraksi dalam kategori TPB9.

Ditanya mengenai saingan pula, Abang Yusdi berkata dia menyedari saingan sengit yang bakal diterima.

“Namun bermula dari impian itu, saya yakin kami (atlet Sarawak) mampu memperoleh kejayaan pada Para SUKMA kali ini,” katanya ketika ditemui TVS di Megalanes Emart, di sini, hari ini.

Abang Yusdi memberitahu, dia dan pasangan regunya, Mohd Feroz Hamdan menyasarkan penamat podium.

“Sebelum ini Mohd Feroz Hamdan pernah meraih gangsa pada kempen Para SUKMA di Kuala Lumpur.

“Sasaran kami semestinya emas (namun apa yang penting kena) kekalkan momentum kerana kami juga sebenarya berdepan pencabar senegeri dalam acara sama iaitu Marcos Chang Hao Hong dan Wong Kee Soon,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai idolanya dalam sukan ini, Abang Yusdi memberitahu anak buahnya, Abang Afiq Yazid Abang Azman yang merupakan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan pembakar semangat baginya.

“Dia pernah meraih pingat pada 2018 dan 2022 ketika mewakili Sarawak pada SUKMA,” katanya.

Selain itu kata Abang Yusdi dia juga menerima sokongan padu daripada ayahnya.

“Dahulu saya memang seorang yang pemalu kerana status OKU namun kerana dorongan keluarga dan rakan- rakan, saya lebih positif dan sukan ini banyak mengajar saya,” katanya yang bertugas di Jabatan Ukur dan Pemetaan Sarawak.

Dia mula berjinak dalam sukan boling tenpin sejak 2016 dan disahkan sebagai OKU pada 2000 setelah didapati mengalami ‘chronic osteopathy’ sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong disebabkan jangkitan kuman. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan