Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 pada tahun ini, kata Perdana Menteri. Foto hiasan, Envato.

KPWKM laksana persiapan ke arah Malaysia jadi negara menua pada 2030

ByFebbright James

PENUAAN penduduk merupakan fenomena sosial yang akan dihadapi oleh semua negara dengan Malaysia dijangka akan mencapai status ‘negara tua’ pada 2030.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rosmahwati Ishak berkata, dalam tempoh enam tahun akan datang, warga emas berusia lebih 60 tahun akan mencecah 15.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Kata beliau fenomena itu memberi kesan sosial, kesihatan dan ekonomi sesebuah negara dan perancangan teliti perlu dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Kita memperkenalkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) untuk warga emas yang masih mampu hadir ke pusat-pusat terpilih secara fizikal.

“Kita memberi peluang kepada mereka (warga emas) untuk berkumpul sesama mereka dan melakukan aktiviti ke arah gaya hidup yang sihat dan produktif,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rosmahwati Ishak. Foto Febbright James

Jelas Rosmahwati, bagi warga emas yang tidak mampu datang ke PAWE secara fizikal, pihaknya juga mempunyai program yang dinamakan Khidmat Bantuan Di Rumah (KBDR).

“Kita bawakan program berbentuk komuniti kepada mereka iaitu dengan menyediakan sukarelawan JKM untuk membantu mengurus warga emas khususnya yang terlantar di rumah,” katanya.

Usaha KPWKM mewujudkan PAWE tambah beliau untuk memastikan warga emas tidak berasa sunyi dan menggalakkan mereka kekal aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti di pusat berkenaan.

Mengenai KBDR, Rosmahwati memaklumkan ianya merupakan perkhidmatan sokongan sosial yang diberikan oleh sukarelawan JKM kepada klien yang terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) terutamanya yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan sokongan sosial.

“Dengan adanya program, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) ini dapat terus tinggal dalam suasana kekeluargaan dan hidup dalam komuniti seperti kebiasaannya tanpa perlu dihantar ke institusi yang disediakan oleh kerajaan mahupun pertubuhan kebajikan,” katanya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan