Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gloria Gracia Wong, memenangi pingat emas untuk acara ping pong, kategori perseorangan wanita (9-10), yang berlangsung di SJK (C) Chung Hua, Kuching, hari ini. Foto TVS

Keluarga pembakar semangat Gloria raih emas sukan ping pong

ByMarzella Sigai

KUCHING, 25 Sept: Mula bermain ping pong ketika berusia 10 tahun, Gloria Gracia Wong Sze yang mengalami kecacatan fizikal kudung tangan kiri, tidak menghalangnya menuai pingat emas dalam acara ping pong perseorangan berdiri wanita (9-10) Para SUKMA ke-21 selepas menewaskan atlet para dari Terengganu, Nurul Nasuha 11-3, 11-4 dan 11-1.

Menurut Gloria, sokongan dari keluarga merupakan pembakar semangat untuknya mengecapi kejayaan hari ini.

“Keluarga selalu memberi kata-kata semangat kepada saya. Saya mula bermain ping pong kerana keluarga saya. Semua ahli keluarga saya bermain ping pong dan di rumah kami mempunyai meja ping pong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Upacara Penyampai Pingat kepada para pemenang di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung Hua No.3  di sini, hari ini.

Menghadapi kesukaran untuk mengimbangi kelajuan yang diperlukan dalam sukan ping pong, Gloria berterima kasih kepada jurulatihnya kerana banyak membantunya  untuk mengatasi masalah tersebut.

Ditanya mengenai perancangan selepas ini, jelas Gloria, dia akan mempersiapkan diri untuk bertanding pada Asian Para Games 2025 di Thailand.

Gloria juga berharap agar atlet para mempunyai semangat pantang menyerah dan sentiasa berdisiplin mengikuti latihan yang telah disediakan.

“Menjadi seorang atlet tidak mudah, ia memerlukan banyak ketabahan dan keazaman. Jadi apa sahaja yang anda lakukan, lakukan yang terbaik dan lakukan dengan sepenuh hati,” katanya lagi.

Untuk rekod Gloria pernah memenangi pingat perak dalam ASEAN Para Games ke-12 di Cambodia, pada 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan