Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parum bersama warga IPD Limbang dan penduduk pada program gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Kudung Limbang hari ini. Foto TVS

Kekal keharmonian, perkukuh kerjasama antara polis dan masyarakat

LIMBANG,25 Sept: Seiring dengan tema Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang terus menjalinkan kerjasama erat bersama komuniti setempat dalam perlaksanaan pelbagai program kemasyarakatan bagi mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, beberapa program dilaksanakan pihaknya sempena Memperingati Hari Polis ke-217 dalam usaha mengawal aktiviti jenayah sekali gus memastikan keamanan dan keharmonian penduduk terjamin.

Bagi tujuan itu katanya, sebanyak 20 program bersama masyarakat diadakan di bandar dan luar bandar dan pedalaman kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga dalam menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan.

“Program yang dilaksanakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan hubungan bersama komuniti termasuk program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Kudung.

“Sempena Hari Polis ke-217, IPD Limbang telah melaksanakan sebanyak 20 aktiviti termasuk di bandar, luar bandar dan pedalaman,” katanya ketika ditemui media pada Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Kudung di sini, hari ini.

Katanya, pada program itu serama 74 orang pegawai dan anggota IPD Limbang dan 31 orang penduduk setempat bersama-sama membersihkan tanah perkuburan pada program yang berlangsung jam 9 pagi.

“Kita juga merancang untuk mengadakan program pencegahan jenayah bersama masyarakat mengikut zon kawasan dikenal pasti dalam memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan, selain mengekalkan keselamatan di daerah itu.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan