Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kad-kad berkenaan sebelum ini diberikan kepada pemenang pertandingan melukis pada 1998 yang dianjurkan oleh majalah Jepun, CoroCoro Comic. Foto: CGC Card (FB)

Kad Pokemon dijual pada harga US$360,000 di Sotheby’s

ByBernama

NEW YORK, 25 Sept: Kad permainan Pokemon paling diingini dan jarang dijumpai dijual pada harga US$360,000 dalam lelongan Sotheby’s di New York pada Selasa.

Kad holografik “Pokemon Illustrator” keluaran Jepun 1998, yang memaparkan watak kartun ikonik Pikachu hanya mempunyai 39 salinan rasmi.

Selain itu, kad yang dilelong kali ini merupakan satu-satunya kad yang diketahui ditandatangani oleh Takumi Akabane, seorang daripada tiga pengasas permainan kad dagangan itu, menurut Sotheby’s.

Penjual dan pembida yang berjaya tidak didedahkan.

Kad-kad berkenaan sebelum ini diberikan kepada pemenang pertandingan melukis pada 1998 yang dianjurkan oleh majalah Jepun, CoroCoro Comic.

Satu daripada kad terbabit yang dianggap sebagai kad paling terpelihara dibeli pada harga US$5,275,000 pada 2021 dan diiktiraf oleh Guinness World Records pada tahun berikutnya sebagai kad Pokemon paling mahal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan