Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Retno Marsudi berkata, serangan berkenaan memburukkan lagi keadaan di Timur Tengah yang masih berdepan krisis kemanusiaan akibat pencerobohan Israel di Gaza. Foto, Kementerian Luar Indonesia.

Indonesia kecam serangan Israel ke atas Lubnan

JAKARTA, 25 Sept: Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Lubnan yang mengakibatkan ratusan orang awam terbunuh termasuk 50 kanak-kanak.

Tentera Israel sejak beberapa hari lepas melancarkan serangan ke atas berpuluh-puluh sasaran Hizbullah di selatan Lubnan.

Israel mahu jadikan Lubnan sebagai Gaza 2.0

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata, serangan berkenaan memburukkan lagi keadaan di Timur Tengah yang masih berdepan krisis kemanusiaan akibat pencerobohan Israel di Gaza.

“Keganasan dan pencerobohan ini tidak boleh menjadi norma baharu yang dibenarkan.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa mesti mengambil langkah tegas untuk menghentikan keganasan yang sedang berlaku,” katanya menerusi kenyataan media.

Angka korban serangan udara Israel di Lubnan meningkat hampir 500

Retno kini menghadiri beberapa mesyuarat sempena Perhimpunan Agung PBB di New York.

Selain itu, Indonesia turut menggesa semua pihak menghormati Pasukan Interim PBB yang bertugas di Lubnan (UNIFIL).

Indonesia mempunyai seramai 1,232 pegawai UNIFIL yang bertugas di negara berkenaan.

Kerajaan Indonesia melalui Kedutaan Indonesia di Beirut juga sedang memantau keadaan rakyatnya di negara bergolak itu serta telah menyediakan langkah-langkah kontingensi kecemasan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan