Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Helikopter Bell 206B JetRanger milik LLASB yang mengalami masalah enjin. Foto: Media Sosial

Helikopter membawa petugas KKM laku pendaratan cemas

KOTA KINABALU, 25 Sept: Sebuah helikopter yang membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas pesawat pengangkutan berkenaan menghadapi masalah enjin, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLASB) berkenaan dilaporkan dinaiki seorang juruterbang dan empat petugas KKM.

Pesawat berkenaan yang sedang dalam perjalanan menghantar Perkhidmatan Doktor Udara ke kawasan pedalaman terpaksa mendarat di kawasan sungai cetek di Kampung Buayan, Penampang.

Difahamkan, semua petugas dan juruterbang berkenaan kemudiannya dibantu oleh helikopter Sabah Air Aviation Sdn Bhd (SAASB) kembali ke Pangkalan Udara Sabah Air, ibu negeri.

Pengerusi SAASB, Datuk Kenny Chua berkata, mereka dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan selepas juruterbang helikopter terbabit membuat panggilan kecemasan ke menara kawalan Lapangan Terbang Kota Kinabalu, di sini.

Katanya, menara kawalan kemudiannya menghubungi helikopter milik SAASB yang secara kebetulan sedang dalam penerbangan pemindahan perubatan (medevac) ke daerah Tawau.

“Juruterbang terbang SAASB terus ke lokasi untuk memastikan helikopter LLASB selamat mendarat sebelum menghantar sebuah lagi helikopter ke lokasi untuk membantu kakitangan KKM dan juruterbang terbabit.

“Kejadian helikopter berkenaan cuba membuat pendaratan cemas turut sempat dirakam petugas SAASB,” katanya.

Kenny berkata, helikopter kedua bergerak ke lokasi pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang jurutera dan dua juruteknik LLASB bersama seorang lagi juruteknik SAASB.

“Juruterbang SAASB, Kapten Sofia Lena William kemudiannya menerbangkan empat kakitangan KKM terbabit kembali ke pangkalan.

“Manakala juruterbang LLASB bersama jurutera dan juruteknik melakukan kerja-kerja baik pulih pada helikopter berkenaan di lokasi.

“Helikopter berkenaan akhirnya berjaya tiba di pangkalan SAASB kira-kira jam 1.30 petang dalam keadaan selamat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan