Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Nazri dan Pengurus Pasukan Para Tenpin Boling Selangor, SM Haznan. Foto Akma Salleh (TVS)

Dulu atlet bola keranjang, kini pemenang emas Para SUKMA tenpin boling

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Sept: Ahmad Nazri Hamzah berjaya membuktikan ‘gen’ sebagai atlet dalam dirinya sememangnya kuat apabila mampu meraih kejayaan sekalipun ‘bertukar’ sukan.

Pengurus Pasukan Para Tenpin Boling Selangor, SM Haznan berkata, Nazri sebelum ini merupakan atlet bagi ‘Wheelchair Basketball’, bagaimanapun disebabkan sukan itu tidak dipertandingkan pada Para SUKMA, Nazri beralih ke tenpin boling.

“Dia (Nazri) seorang yang sangat berdedikasi dan komited dalam sukan ini. Malah dia tidak pernah melatah atau mempersoalkan kenapa kami (Jurulatih) meminta dia untuk membuat persiapan dengan rapi atau teknik-teknik tertentu.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian dia hari ini, walaupun sebelum ini dia adalah atlet ‘basketball’ tapi dia berjaya membuktikan minat dia dalam tenpin boling ini sehingga membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui TVS di Megalanes Emart, Batu Kawa, di sini, hari ini.

Sementara itu, Nazri ketika ditemui pula berkata, sukan tenpin boling merupakan minat keduanya selepas bola keranjang.

Dia yang merupakan penjawat awam di Jabatan Perikanan Putrajaya berkata, dia akan memberikan tumpuan selepas ini jika diberi peluang untuk mewakili Malaysia.

“Alhamdulillah, agak berbaloi juga setelah berpindah sukan. Semua ini berkat usaha dan saya boleh katakan rezeki disebabkan ‘Wheelchair Basketball’ hanya dianjurkan pada Sukan Sea.

“(Oleh itu) saya membuat keputusan untuk beralih ke tenpin boling. Ini merupakan minat kedua saya. Insya-Allah jika diberi peluang pada Para akan datang saya akan cuba melakukan yang terbaik lagi,” katanya.

Terdahulu, Selangor menguasai acara Boling Tenpin perseorangan lelaki kategori TPB8 Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 apabila dua wakilnya menang pingat emas dan perak hari ini.

Pertandingan di Megalanes Emart, Batu Kawa itu menyaksikan Ahmad Nazri Hamzah muncul juara selepas menamatkan enam permainan dengan jatuhan keseluruhan 987 pin.

Rakan sepasukannya, Rosheedey Faizal Roslan pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas melakukan jatuhan 942 pin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan