Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan skrol kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-Cats ke-26 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Anak Sarawak diseru lanjutkan pengajian dalam bidang aeroangkasa

KUCHING, 25 Sept: Anak Sarawak diseru mengambil peluang melanjutkan pengajian dalam aeroangksa di Fakulti Aeroangkasa, Kolej Universiti i-CATS.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan fakulti aeroangkasa yang pertama di Sarawak merupakan langkah penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan industri angkasa lepas.

“Bidang pengajian baharu ini amat berkaitan dengan teknologi tinggi oleh sebab itu kita membuka pusat pengajian khusus untuk semua yang berkaitan teknologi aeroangkasa termasuk penghasilan komponen pesawat dan peralatan elektronik penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Konvokesyen Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS Ke-26 di sini, hari ini.

Tambahnya, Sarawak juga telah menubuhkan akademi semikonduktor untuk melatih anak Sarawak dalam reka bentuk cip bagi menyokong angkasa lepas serta industri aeroangkasa dan akademi ini sangat penting bagi industri satelit yakni komunikasi aeroangkasa sangat-sangat mengutamakan penggunaan cip.

Bukan itu sahaja, Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS  turut diminta memperbanyakkan program-program ekonomi hijau untuk memastikan ramai tenaga kerja mahir di dalam bidang ini dapat dilahirkan bagi menyokong usaha Sarawak terus menjadi peneraju pembangunan ekosistem dan penjana hidrogen hijau di Malaysia.

Seramai 982 pelajar bergelar graduan pada hari ini iaitu 663 daripadanya adalah graduan Sarawak Skill melihatkan 482 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), 121 graduan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), 20 graduan Certified Welder 6G Shielded Metal Arc Welding (SMAW) dan 40 graduan Sijil Modular program di bawah Skim Transformasi Kerangka Produktiviti Insan (TKPI).

Sementara itu i-CATS University College dan i-CATS Miri melahirkan 35 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, 37 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, 10 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi, 221 graduan menerima Diploma dalam pelbagai bidang dan 16 graduan menerima Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan