Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada mesyuarat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Tiada tindakan undang-undang daripada PETRONAS terhadap Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Sept: Tiada tindakan undang-undang daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) terhadap Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran gas di negeri ini.

Perkara ini disahkan menerusi kenyataan bersama Kerajaan Sarawak, PETRONAS dan PETROS yang diedarkan Pejabat Premier Sarawak hari ini.

“Perbincangan mengenai pengedaran gas di Sarawak masih berterusan dan keputusan berkaitan perkara itu akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” kata kenyataan itu lagi.

“Semua pihak memberi jaminan untuk terus menghormati dan mematuhi undang-undang Persekutuan dan negeri mengenai perkara tersebut (pengedaran gas di Sarawak),” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan ini adalah susulan mesyuarat antara Kerajaan Sarawak, PETRONAS dan PETROS yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Pada 9 September lalu, Abang Johari memaklumkan rundingan berhubung pengagihan gas antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS masih berjalan.

Menurutnya PETRONAS kekal sebagai rakan strategik Kerajaan Sarawak menerusi PETROS.

“Kerajaan Sarawak, melalui Petros, mempunyai mandat undang-undang untuk mengawal selia pengagihan gas di Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan