Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan sukan tarian negara yang merangkul dua pingat emas pada Terbuka London 2024, semalam. Foto MY Dancesport Academy (FB)

Sukan tarian: Malaysia raih dua emas di Terbuka London 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Pasukan sukan tarian negara merangkul dua pingat emas pada Terbuka London 2024, semalam.

Menurut Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF), emas berkenaan diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam Latin Solo Wanita dan Madeleine Lau bagi acara Latin Solo Wanita Remaja.

Cherry dan Madeleine masing-masing telah mempamerkan bakat dan keunggulan seni tari luar biasa hingga memukau barisan juri sekali gus meletakkan kedua-duanya mengungguli kedudukan teratas.

Pencapaian Cherry itu memberikan perkembangan positif kepada kedudukan rankingnya yang kini menghuni ranking kedua teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita manakala Madeleine keempat dunia Latin Solo Wanita Remaja.

“Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 25 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan