Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Galang bersama bapanya, Jabai, menunjukkan kemenangan selepas meraih pingat emas dalam acara Para Renang 100M Gaya Bebas S7. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Sokongan padu bapa dibalas dengan pingat emas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 24 Sept: Demi menyaksikan kejayaan anaknya, Jabai Nanta, 57, sanggup menempuh perjalanan selama tujuh jam menaiki bas dari kampungnya di Sungai Aboi, Julau, ke Kuching.

Usaha beliau ternyata berbaloi apabila anaknya, Galang Jabai, meraih emas pertama untuk Sarawak dalam acara Para Renang 100 meter Gaya Bebas Lelaki S7 di SUKMA 2024, dengan catatan masa 1:23.18.

“Saya sangat gembira kerana dapat melihat anak saya memenangi tempat pertama dan meraih hadiah emas. Ini adalah kali pertama saya datang untuk menyaksikan anak saya bertanding, dan saya sangat bangga,” katanya.

Atlet dari Julau, Sarikei itu turut meluahkan rasa syukur atas kejayaannya, menyatakan bahawa emas ini adalah untuk Sarawak.

“Saya sudah menyertai Para SUKMA ini sejak tahun 2008 dan ini emas kelapan saya. Saya berlatih lebih setahun dan emas ini saya dedikasikan buat Sarawak, untuk keluarga saya, untuk kita semua, dan untuk penyokong saya. Terima kasih kerana datang sokong saya,” ujarnya ketika ditemui selepas acara tersebut.

Galang turut mendedahkan bahawa sokongan keluarganya, terutamanya bapanya, memainkan peranan besar dalam memberi semangat kepadanya.

“Semasa saya menjalani latihan, saya terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sekarang, hanya bapa saya yang datang menyaksikan saya bersukan,” tambahnya lagi.

Jabai turut berkongsi bahawa perjalanan Galang sebagai atlet para renang bermula selepas kemalangan yang dialaminya pada tahun 2002.

“Sebelum kemalangan, dia tak pernah berminat dengan renang. Tetapi selepas kemalangan treler bertembung treler yang dialaminya, dia mula serius dalam sukan ini. Saya bersyukur dengan bimbingan jurulatihnya yang telah membantu Galang mencapai kejayaan hari ini,” jelasnya.

Untuk rekod, pingat Perak menjadi milik Muhammad Syafiq Azman dari Kedah yang merekodkan masa 1:26.06, manakala Gangsa disumbangkan oleh Muhammad Ikmal Danial Abdul Rahim dari Pulau Pinang dengan catatan masa 1:47.94. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan