Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik kini sudah menjalani latihan penuh pada Khamis lepas setelah mengalami kecederaan jari kaki kanan sebelum ini. Foto fail AFP

Soh Wooi Yik sudah jalani latihan penuh, kembali beraksi bulan depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik kini sudah menjalani latihan penuh pada Khamis lepas setelah mengalami kecederaan jari kaki kanan sebelum ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata fokus barisan kejurulatihan kini adalah untuk memastikan Wooi Yik mendapatkan semula rentak permainan setelah tidak menyertai sebarang kejohanan selepas Olimpik Paris 2024.

“Apa yang kita harus dititikberatkan untuk Wooi Yik adalah bagaimana untuk kembalikan perasaan ketika kejohanan sebab sudah sebulan lebih tak menyertai selepas Olimpik.

“Kita harus kembalikan motivasi dia untuk kuatkan mental dan hati apabila bertanding semula,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai harapan untuk pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu untuk melayakkan diri ke Kejohanan Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hujung tahun ini di Hangzhou, China, Rexy berkata peluang masih belum tertutup.

Beliau berkata Aaron-Wooi Yik dijangka akan menyertai beberapa baki kejohanan bermula bulan depan bagi mencerahkan peluang untuk layak ke Final Jelajah Dunia BWF.

“Kalau (Terbuka) Arctic (bulan depan) boleh jadi juara dan beberapa kejohanan disertai lepas itu boleh pergi jauh, masih ada peluang untuk layak,” katanya.

Mengikut format Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF, hanya lapan pemain dan pasangan terbaik dalam ranking kelayakan akan beraksi di kejohanan berkenaan.

Berdasarkan ranking Jelajah Dunia BWF dikemas kini semalam, Aaron-Wooi Yik berada di kedudukan ke-15.

Pada ketika ini, pemenang Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berada dalam kedudukan terbaik untuk layak apabila masing-masing menghuni ranking kelima dan ketujuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan