Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Shahmim memecah rekod Para SUKMA dan kebangsaan bagi acara powerlifting kategori bawah 54 kg lelaki, hari ini. Foto TVS

Shahmim, Wan Nur Azri pecah rekod, hadiahkan emas kepada Kelantan

ByMadeline Dugat

KUCHING, 24 Sept: Atlet dari Kelantan, Ahmad Shahmim Mohd Kadri mencuri tumpuan dengan memecahkan rekod kebangsaan pada Para Sukan Malaysia ( SUKMA )2024 Sarawak bagi acara powerlifting kategori bawah 54 kilogram (kg) lelaki.

Beliau mencatat rekod 132kg pada hari ini, mengatasi rekod 125 kg miliknya sendiri yang dicatatkan pada sirkit kebangsaan, Februari tahun ini di Kuala Lumpur.

Angkatan itu juga berjaya memecahkan rekod Para SUKMA 108 kg yang dipegang oleh Endi Bak dari Sarawak sejak 2018.

Ia menyaksikan beliau meraih dua pingat emas untuk angkatan terbaik serta jumlah angkatan selepas melakukan 375kg dalam tiga percubaan.

“Sebelum ini saya buat 120 kg lebih. Alhamdullilah saya boleh buat 132 kg.

“Sasaran saya adalah untuk pergi ke Sukan Para ASEAN Thailand nanti, insya-Allah saya akan buat yang terbaik,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Pingat Para Powerlifting di Komplek Sukan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, atlet dari Terengganu Shazmin Syamsuar, berjaya meraih pingat perak dengan bebanan 91 kg, manakala Zaqwan Mahat dari Melaka mendapat pingat gangsa dengan angkatan seberat 73 kg.

Pada masa masa, seorang lagi atlet dari Kelantan, Wan Nur Azri turut memecahkan rekod para SUKMA bagi kategori 107 kilogram dengan angkatan 191 kg untuk membolehkannya membawa pulang pingat emas.

Wan Nur memadamkan rekod 190 kg yang dicipta Mohd Shahmil Mohd Saad dari Pahang pada 2014.

Wakil Sabah, Fauzan Ramlan meraih pingat perak selepas merekodkan angkatan 122 kg manakala Pahang tuai pingat gangsa dengan 96 kg bagi acara yang sama menerusi Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan