Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen Sarawak berjaya meraih dua pingat emas acara boling padang Para SUKMA 2024. Foto, Jazni Hanif (TVS).

Sarawak tuai dua pingat emas boling padang

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Sept: Sarawak berjaya menuai dua pingat emas boling padang menerusi acara perseorangan wanita kategori B3 dan beregu terbuka (B6) pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Atlet perseorangan Norhasfalinda Hamdan meraih gelaran juara selepas menewaskan wakil Terengganu, Nur Fadzliana Tajudin dengan keputusan 21-04.

Kemenangan itu menyaksikan Norhasfalinda berada di tempat teratas dalam pertandingan yang diadakan secara format liga itu.

Atlet Johor Nur Ilyana Abu Bakar meraih perak manakala atlet Perak, Mokanayashini Krishna Naidu membawa pulang gangsa.

Saingan beregu terbuka B6 pula menyaksikan Sarawak turut cemerlang meraih emas menerusi Nischal Nischolas Bujang dan Ahmad Bashirun Ismail.

Gandingan itu menewaskan lawan dari Negeri Sembilan, Shahriluzaily Md Rashid dan Salmiah Zakaria dengan keputusan 12-10 dalam perlawanan terakhir.

Perak dan gangsa menjadi milik negeri Negeri Sembilan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan