Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Altet Sarawak, Noshazwani Maisara Marzuki berjaya memecahkan rekod acara rejam lembing wanita F37 dengan catatan 18.57m pada Para SUKMA ke-21. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak pecah rekod acara rejam lembing wanita F37

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 Sept: Atlet tuan rumah Sarawak, Noshazwani Maisara Marzuki berjaya memecahkan rekod acara rejam lembing wanita F37 dengan catatan 18.57 meter (m) pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Rekod baharu tersebut dihasilkan menerusi rejamannya yang kedua sekali gus menghadirkan pingat emas kedua untuk dirinya sendiri.

Noshazwani berkata, dia berasa gembira kerana berjaya mencapai sasaran pada Para SUKMA kali ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dirinya untuk berjaya.

“Harapan saya adalah untuk menyasarkan sebanyak tiga pingat emas pada edisi kali ini demi ibu bapa, cikgu-cikgu dan semua orang yang terlibat,” katanya ketika ditemui media di Stadium Sarawak hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Noshazwani, dirinya akan mengambil bahagian dalam acara trek 200m pada esok dan turut menyasarkan untuk memenangi emas.

“Jadi, saya rasa terinspirasi melalui kemenangan dan berhasrat untuk mewakili Malaysia (pada masa akan datang),” ujarnya.

Tempat kedua dimenangi oleh Umi Syuhadah Idris dari Perlis yang turut memecahkan rekod dengan catatan 18.45m manakala pingat gangsa milik atlet Johor, Nur Izzati Amira Badrul Hisham.

Sebelum ini, rekod rejam lembing acara wanita F37 dipegang oleh atlet Perlis, Umi Syuhadah Idris dengan catatan 18.15m pada edisi Para SUKMA 2014 lalu.

Sementara itu, dalam acara berlainan, Sarawak tampil cemerlang dalam acara lontar peluru wanita F11 apabila ketiga-tiga pingat berjaya dimenangi atlet tuan rumah.

Pingat emas berjaya diperoleh Nur Atirah Voon Abdullah, perak pula dimiliki Catalina Sunti David Diok manakala Rebecca Dawi di tempat ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan