Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Pingat Sukan Para Powerlifting di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak hari ini. Foto TVS

Sarawak mampu jadi kuasa besar sukan powerlifting – Fatimah

ByMadeline Dugat

KUCHING, 24 Sept: Sarawak mampu menjadi kuasa besar sukan powerlifting susulan kejayaan negeri ini melahirkan bintang dunia dalam sukan powerlifting.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, kementeriannya akan terus menjalankan program pembangunan bagi melahirkan lebih ramai atlet.

“Sarawak dikenali sebagai kuasa besar untuk sukan powerlifting dan kita ada jurulatih kebangsaan untuk powerlifting.

“Kita mahu terus komited menjadi kuasa besar powerlifting, jadi kita akan kenalpasti bakat, jurulatih, program pembangunan untuk atlet supaya kita dapat melahirkan seorang lagi Bonnie Bunyau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Pingat Sukan Para Powerlifting di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fatimah mengharapkan para atlet terus fokus menambahkan pingat untuk merebut gelaran juara pada temasya sukan Para SUKMA 2024 Sarawak pada kali ini.

“Sebab itu, saya beritahu kepada atlet kita tidak boleh merasa selesa dan ingat pengalaman pahit kita di para SUKMA yang lalu yang mana kita dikalahkan oleh Sabah dengan kutipan lima emas.

“Ingat, macam mana perasaan ketika itu.Dengan itu, kuatkan iltizam , terus fokus supaya kita dapat capai KPI kita dan sasaran kita untuk setiap acara,” katanya.

Justeru, beliau berkata, adanya kesepaduan diyakini dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan