Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara kilang kerugian RM733,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian pada Mac lepas. Foto hiasan Envato

Pesara rugi RM1.24 juta terperdaya pelaburan saham pra-IPO

ByBernama

JOHOR BAHRU, 24 Sept: Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.24 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham pratawaran awam permulaan (IPO), pada awal Jun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata lelaki berusia 70 tahun itu terlihat iklan pelaburan saham IPO di Facebook yang menawarkan keuntungan tinggi pada kadar segera.

Beliau berkata warga emas itu kemudiannya berurusan dengan seorang individu bagi mendapatkan maklumat lanjut menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudiannya membuat pelaburan pertama dan menerima keuntungan seperti dijanjikan pada Julai lepas, menyebabkan dia percaya bahawa pelaburan tersebut adalah betul.

“Seterusnya, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan lebih tinggi sekiranya menambah pelaburan dan dia kemudiannya melakukan beberapa transaksi pembayaran berjumlah RM1.24 juta ke beberapa akaun yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata mangsa mengesyaki dia telah ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan atas pelaburan tambahan yang dibuat, sebaliknya dia terus didesak untuk menambah lagi jumlah pelaburannya.

“Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kita ingin menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan