Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syabu yang dirampas daripada suspek lelaki berusia 28 tahun di Bintulu. Foto IPD Bintulu.

Penagih yang disyaki pengedar dadah di Ulu Sebauh diberkas polis

BINTULU, 24 Sept: Polis memberkas seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Jalan Masjid di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, tangkapan suspek berusia 28 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Beliau memberitahu, polis turut merampas dadah disyaki syabu yang dianggarkan seberat 6.3 gram.

“Siasatan awal mendapati bekalan dadah yang dirampas itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Ulu Sebauh dan boleh disalah guna oleh seramai 20 hingga 25 orang penagih,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ujar Nixon Joshua hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphtamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan