Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azuan berkata tenpin boling telah banyak mengubah hidupnya yang mengalami kecacatan penglihatan pada umur 13 tahun. Foto: Bernama

Para SUKMA: Keputusan 11 tahun lalu terus bawa tuah buat Azuan

ByBernama

KUCHING, 24 Sept: Keputusan beralih daripada sukan olahraga kepada tenpin boling kira-kira 11 tahun lepas membawa tuah buat atlet Sabah Azuan Amir Hassan apabila mencipta kejayaan emas hatrik acara individu TPB1 (kecacatan penglihatan) pada Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024 hari ini.

Berkongsi cerita penglibatannya dalam sukan tenpin boling, Azuan Amir yang bekerja sebagai tukang urut itu berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan sukan olahraga selepas mengalami kecederaan di kaki.

“Selepas cedera kaki saya bertukar ke sukan boling pada 2013. Bermula dari situ saya mula menyertai beberapa kejohanan.

“Setakat ini pilihan (tukar olahraga kepada tenpin) memang tepat. Dalam olahraga saya pernah menang emas beberapa kali tetapi untuk boling, memang banyak kali menang emas,” katanya kepada Bernama.

Azuan berkata tenpin boling telah banyak mengubah hidupnya yang mengalami kecacatan penglihatan pada umur 13 tahun.

“Boling telah banyak mengubah kehidupan saya… dari segi kewangan juga disiplin dalam hidup. Disiplin sangat penting dalam sukan boling termasuk juga kawalan emosi,” katanya.

Azuan mencatat 768 jatuhan pin untuk merangkul emas acara berkenaan manakala perak milik atlet Pulau Pinang Mohd Suhairi Abd Kadir (672 pin) dan pingat gangsa dimenangi Fazlina Mhd Pauzi dari Selangor (619 pin).

Kemenangan hari ini menyaksikan Azuan meneruskan dominasinya dalam acara tersebut selepas memenangi emas pada edisi 2018 dan 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan