Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Norzaini Badrun menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mendiang Petrus Linggi di RKAT, Kem Oya, Sibu, malam tadi. Foto Briged Kesembilan Infantri Malaysia (FB)

Panglima 9 Briged ziarah keluarga mendiang Koperal Petrus

KUCHING, 24 Sept: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun menziarahi keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman di Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT), Kem Oya, di Sibu malam tadi.

Mendiang Petrus merupakan anggota Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) yang meninggal dunia akibat terkena tembakan orang awam yang dipercayai berburu semasa menjalani latihan di kawasan am di Song pada awal pagi Isnin.

Tembakan dipercayai dilepaskan dari arah motosikal

Menurut hantaran dikongsikan di halaman Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Ahmad Norzaini semasa lawatan itu telah menyampaikan ucapan takziah kepada balu mendiang serta keluarga.

Beliau turut menghulurkan bantuan kewangan sebagai tanda sokongan sambil menzahirkan rasa kehilangan yang mendalam oleh seluruh warga Briged Kesembilan atas pengorbanan mendiang.

Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Rumah Janting, Lemujan, Pakan dan dijadual untuk dikebumikan pada 27 September ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan