Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR hari ketujuh yang dijalankan pasukan penyelamat hari ini masih gagal menemui jasad kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dibaham buaya di Tatau petang Selasa lalu. Foto JBPM

Masih tiada tanda serta jejak mangsa budak perempuan dibaham buaya dijumpai

TATAU, 24 Sept: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketujuh yang dijalankan pasukan penyelamat hari ini masih gagal menemui jasad kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dibaham buaya petang Selasa lalu.

Komander Operasi, Jankey Jikat berkata, SAR dimulakan pagi tadi dilakukan di sepanjang sungai Pekan Tatau lama dengan kekuatan empat buah bot terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak Sarawak Forestry dalam radius tujuh kilometer.

“Pada sebelah petang SAR diteruskan menghala ke ulu sungai Anap Batang Tatau dalam radius tujuh kilometer.

“Hasil dari rondaan serta pencarian dari sebelah pagi dan petang masih tiada tanda-tanda penemuan atau jejak mangsa dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, SAR ditangguhkan pada jam 5.10 petang dan akan disambung semula pada esok hari.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai bersama keluarganya di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau.

Identiti mangsa dikenal pasti Cicilia Julan Intik berusia enam tahun.

Difahamkan mangsa mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya pada jam 6.30 petang, kejadian disaksikan sendiri datuk mangsa yang turut berada di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan