Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kawasan sekitar Alor Melintang, dekat Sungai Baru di Alor Setar. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Kedah berkurangan, Perak kekal pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Jumlah mangsa banjir direkodkan di Kedah dan Perak adalah sebanyak 6,833 orang, yang masih berlindung di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 7,210 orang malam tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 6,804 orang daripada 2,173 keluarga berbanding 7,181 orang malam tadi yang ditempatkan di 33 PPS di empat daerah terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,638 orang diikuti Pendang (1,606), Kubang Pasu (493) dan Pokok Sena sebanyak 67 orang.
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan hanya Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi tahap bahaya dengan paras air setinggi 22.12 meter (m).

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Perak di Teluk Sena berada pada tahap bahaya dengan paras air 13.20m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah, Pulau Pinang, Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung, Perak serta Melaka hingga 11 pagi ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan