Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dengan pengiktirafan JBALB sebagai jabatan teknikal telah mengurangkan kerenah birokrasi dalam pelaksanaan projek-projek berkaitan infrastruktur air di Sarawak. Foto Amirah Shawel (TVS)

MA63: JBALB sebagai jabatan teknikal, kurangkan kerenah birokrasi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 Sept: Pengiktirafan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai jabatan teknikal oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan mengurangkan kerenah birokrasi dalam pelaksanaan projek-projek berkaitan infrastruktur air di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kini, kerajaan Sarawak mampu melaksanakan projek air asas seperti pembinaan tangki aras tinggi, pam penggalak dan loji-loji rawatan air.

Jelas beliau, sebelum ini pihaknya perlu menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan pusat dalam pembinaan sesetengah projek termasuk di bawah nilai RM50 juta.

“Kadang-kadang proses menunggu mereka meluluskan drawing design makan masa amat lama, jadi pegawai kami terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur.

“Seandai perancangan kita bermula Januari, sampai ke penghujung Oktober pun belum siap. Jadi kadang-kadang banyak projek tertunggak akibat daripada kerenah birokrasi,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mendedahkan sebanyak 12 projek bekalan air di Sarawak dilaporkan tertangguh masih dalam perancangan meskipun telah mendapat kelulusan pada 2016, 2017 dan 2018.

Abdul Rahman mendedahkan bahawa kesemua projek bekalan air tersebut adalah di bawah kementerian Persekutuan iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Justeru, beliau berkata sekiranya projek infrastruktur air diserahkan kepada agensi-agensi pelaksana di Sarawak, perancangan pembangunan dapat dijalankan dengan kadar yang segera.

“Maknanya, Kerajaan Persekutuan hanya menyediakan dana kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan bekalan air di luar bandar. Semua pengurusan daripada pelantikan kontraktor, perancangan, layout design dapat dilaksanakan serta merta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan