Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga asing maut dalam kemalangan jalan raya di Kuching pada 23 September lepas.Foto IPD Kuching.

Lelaki warganegara asing maut kemalangan

KUCHING, 24 Sept: Seorang lelaki warganegara asing maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Datuk Bandar Mustapha di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pelanggaran berlaku jam 9.30 malam itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi yang dalam proses membelok masuk ke simpang sebelah kanan telah dilanggar sebuah motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan.

“Mangsa penunggang motosikal berusia 43 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan pada jam 11.35 malam oleh doktor Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian yang boleh membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak RM50,000 jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Charlie Aloysius di talian 014-8682068 dan di talian 082-259900 BSPTD Kuching atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Orang ramai adalah dinasihati supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan berlaku serta faktor-faktor lain yang di luar jangkaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan