Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Amalina Mohd Mosadad yang memenangi emas acara boling tenpin kategori Wanita B10 pada Para SUKMA 2024. Foto Awang Muhammad Izzat (TVS)

Latihan kerap, kekal fokus bantu Amalina pertahan pingat emas

ByWilly Jali

KUCHING, 24 Sept: Menjalani latihan secara konsisten dan kekal fokus adalah kunci kejayaan Nur Amalina Mohd Mosadad apabila berjaya memperolehi pingat emas bagi acara Boling Tenpin kategori Wanita B1 pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Nur Amalina beraksi cemerlang dalam acara itu selepas melengkapkan enam pusingan dengan 869 jatuhan pin.

Kejayaan itu turut menghadiahkan tuaian emas pertama pasukan Para Boling Tenpin Sarawak untuk hari ini.

“Rutin yang selalu saya terapkan iaitu menjalani latihan setiap hari. Apabila disuruh berlatih kena berlatih, jangan ada alasan.

“Fokus itu penting untuk setiap pertandingan seperti boling tenpin ini. Bagi saya apabila fokus, maka potensi untuk menang sangat tinggi,” ujarnya ketika ditemui TVS di Megalanes Emart Batu Kawa di sini, hari ini.

Ujarnya, kejayaan yang diraihnya itu tidak datang bergolek tanpa sokongan daripada pelbagai pihak yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang banyak membantu sepanjang proses latihan. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan dan persatuan boling tenpin yang banyak membantu dari segi teknikal serta proses latihan.

“Begitu juga kepada keluarga terutamanya suami, anak-anak serta sahabat yang selalu menjadi tulang belakang dalam menyokong saya dalam dunia sukan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amalina yang juga pemenang pingat emas edisi tahun lalu turut menanam hasrat mengekalkan pingat emasnya untuk edisi akan datang.

Sementara itu, atlet para Selangor, Nurhidayah Sulaiman berjaya meraih pingat perak dengan 868 jatuhan pin selepas berjaya meninggalkan pencabar terdekat dari Kedah, Amalea Nasuha Anizan dengan 564 jatuhan pin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan