Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Leo menunjukkan Whatsapp perbualan terakhir bersama mendiang Koperal Petrus Linggi Liman. Foto TVS

Koperal Petrus Linggi dikenang seorang yang baik dan peramah

SONG, 24 Sept: Mendiang Koperal Petrus Linggi Liman, 29 dikenang sebagai seorang abang dan rakan yang baik serta peramah oleh mereka yang mengenalinya.

Sepupunya, Desmond Leo Naga Janting, 27, yang berada di luar negara, meluahkan perasaan kecewa apabila tidak dapat pulang ke rumah panjang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Rumah Janting Dundang, Sungai Lemujan, Pakan, Sarikei.

Tembakan dipercayai dilepaskan dari arah motosikal

“Saya baharu sahaja pulang ke rumah panjang minggu lepas untuk menghadiri upacara Gawai Antu, tidak sangka dia pergi selepas itu.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah semasa perayaan Gawai Dayak yang lalu,” kata Leo, mengenang momen terakhir bersama mendiang melalui Whatsapp hari ini.

Mendiang, menurutnya, merupakan seorang yang pendiam tetapi pandai bergurau, serta berdikari dan tahan lasak, sebab itu dia berjaya menjadi anggota tentera.

“Mendiang adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya dan satu-satunya harapan keluarga,” katanya, mengimbau bagaimana Petrus yang meninggalkan seorang kakak dan empat adik perempuan itu sangat dikasihi keluarganya.

Panglima 9 Briged ziarah keluarga mendiang Koperal Petrus

Sementera itu, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sibu pada jam 3 petang tadi dan jasadnya dibawa ke Gereja St Anthony, Kem Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (3RRD) di Jalan Oya, Sibu untuk upacara sembahyang pada jam 4 petang tadi.

Jasad mendiang akan dibawa pulang ke kampung halamannya Rumah Janting Dundang, Sungai Lemujan, Pakan dan dijangka akan dikebumikan pada 27 September ini.

Dalam kejadian pada sekitar jam 2.45 pagi Isnin, mendiang dipercayai terkena tembakan rambang pemburu haram ketika sedang berehat bersama yang lain semasa menyertai latihan Eksesais Pasak Bumi (EPB) di kawasan hutan di Jalan Balak Multiplus di Song.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan