Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Jokowi, loji peleburan tembaga ini merupakan antara langkah utama kerajaan dalam menggalakkan industri hiliran di Indonesia. Foto Sekretariat Presiden

Kilang peleburan tembaga terbesar dunia di Indonesia dirasmikan

JAKARTA, 24 Sept: Indonesia merasmikan kilang peleburan pengeluaran tembaga terbesar di dunia milik syarikat Freeport Indonesia di Zon Ekonomi Khas (KEK) Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Kilang pelebur yang dibina dengan nilai pelaburan IDR56 trilion atau lebih RM15.4 bilion terletak di atas kawasan seluas lebih 100 hektar itu akhirnya siap beroperasi dan dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini.

Beliau berkata, loji peleburan tembaga ini merupakan antara langkah utama kerajaan dalam menggalakkan industri hiliran di Indonesia bagi mendapatkan pulangan yang ketara berbanding jika Indonesia hanya mengeksport bahan mentah.

“Selepas 30 bulan, alhamdulillah dapat merasmikannya, sedangkan mengikut pengiraan saya pendapatan negara daripada kilang pelebur ini mampu memberi pulangan ketara kepada pendapatan negara kira-kira Rp 80 trilion atau hampir RM22 bilion,” katanya.

Kilang peleburan tembaga satu talian terbesar di dunia, milik Freeport Indonesia yang beroperasi secara rasmi di Zon Ekonomi Khas (KEK) Gresik, Jawa Timur, Indonesia. Foto Sekretariat Presiden

Beliau menyatakan kewujudan pelebur ini adalah sebahagian daripada usaha Indonesia memproses sumber aslinya di mana pelebur dengan satu talian, kilang ini boleh menapis sehingga kapasiti 1.7 juta tan pekat tembaga setahun.

Salah satu produk utama pelebur ini ialah katod tembaga yang merupakan bahan mentah yang penting dalam pelbagai industri seperti industri kabel, elektronik, pembuatan peralatan elektrik kepada automotif dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV).

Dengan beroperasinya pengeluaran peleburan satu talian terbesar di dunia, Freeport telah menjadi lombong tembaga hulu terbesar di dunia.

Ditambah dengan loji peleburan pertama yang sudah beroperasi kedua-dua negara akan menapis 3 juta tan pekat tembaga setahun dengan pengeluaran sekitar 1 juta tan katod tembaga, 50 tan emas, dan 220 tan perak setahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan