Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kem Tenpin Boling Sarawak berjaya meraih tiga emas, satu perak dan dua gangsa pada Para SUKMA 2024 yang berlangsung di Megalanes Emart Batu Kawa hari ini. Foto Willy Jali (TVS)

Kem Tenpin Boling Para SUKMA Sarawak sambar tiga emas hari pertama

ByWilly Jali

KUCHING, 24 Sept: Kem Tenpin Boling Para SUKMA Sarawak berjaya mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya meraih tiga pungutan emas untuk hari ini.

Menurut Ketua Jurulatih Tenpin Boling Sarawak, Myron Khoo, dia berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh atlet Sarawak hari ini.

“Saya sangat berpuas hati dengan mereka. Walaupun ada beberapa acara kita terlepas untuk mendapatkan pungutan pingat, tetapi saya tetap berpuas hati.

“Esok masih ada acara. Hari pertama sahaja kita sudah mendapat tiga emas. Harapan saya agar esok kita dapat lebih banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui TVS pada acara Penyampaian Pingat kepada atlet Para SUKMA 2024 yang berlangsung di Megalanes Emart Batu Kawa hari ini.

Kem Tenpin Boling Para Sarawak hari ini berjaya menyambar tiga emas melalui atlet Para Perseorangan Wanita B10 Sarawak, Nur Amalina Mohd Mosadad.

Kejayaan itu terus dilakar atlet Tenpin Boling Wanita TB9, Jacqueline Kaboh selepas memenangi pingat emas kedua, diiikuti atlet Perseorangan Terbuka B2 , Roni Tugiman yang berjaya meraih pingat emas ketiga kontinjen Sarawak.

Sementara itu, perak dan gangsa berjaya diraih melalui Marcos Chang Hao Hong dan Abang Yusdi Abang Annuar dalam acara sama iaitu Tenpin Boling Lelaki B9.

Manakala gangsa kedua, berjaya di raih melalui atlet Peseorangan Wanita B9, Ho Mei Mei.

Untuk rekod, hari ini Kem Tenpin Boling Para Sarawak berjaya meraih tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Perjuangan Kontinjen Sarawak dalam memburu 10 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 masih diteruskan esok sehingga Jumaat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan