Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia meraikan Hari Kebangsaan ke-94 dengan sambutan meriah pada Isnin, menonjolkan kemajuan dan inovasi Kerajaan itu di pentas antarabangsa. Foto Khaled Nordin (FB)

Kedutaan Arab Saudi di KL sambut Hari Kebangsaan ke-94 dengan suasana meriah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Kedutaan Arab Saudi di Malaysia meraikan Hari Kebangsaan ke-94 dengan sambutan meriah pada Isnin, menonjolkan kemajuan dan inovasi Kerajaan itu di pentas antarabangsa.

Majlis yang dihoskan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim di sebuah hotel terkemuka di sini dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk kenamaan dan diplomat asing.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar turut hadir sebagai tetamu kehormat.

Majlis itu turut disertai beberapa syarikat terbesar Arab Saudi, termasuk Kumpulan Minyak Arab Saudi yang dikenali sebagai Aramco, serta syarikat penerbangan nasionalnya, Saudia Airlines.

Seorang tetamu yang juga pelajar Arab Saudi yang melanjutkan pengajian di Malaysia, Mahmoud Saddiq berkata, ini merupakan kali pertama dia menyambut Hari Kebangsaan di luar negara.

“Berada di sini, menyanyikan lagu kebangsaan kami, dan bertemu dengan ramai warga Saudi di Malaysia membuatkan saya sangat bangga menjadi rakyatnya,” kata Mahmoud.

Para tetamu dihidangkan dengan tarian dan lagu-lagu tradisional serta makanan autentik Arab Saudi seperti nasi kabsa yang lazat, pencuci mulut kanafeh, kopi, dan teh.

Di luar dewan, khemah-khemah gaya Badwi turut didirikan bagi memberikan pengalaman tentang gaya hidup dan budaya tradisional masyarakat nomad Arab. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan