Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Sabah, Ivan Jovic Suan berjaya memecahkan rekod acara 400m lelaki T44 pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, hari ini. Foto TVS

Ivan Jovic dari Sabah pecah rekod 400m lelaki T44

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 Sept: Atlet kontinjen Sabah, Ivan Jovic Suan, 16, berjaya memecah rekod dalam acara 400 meter (m) lelaki T44 pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, hari ini.

Aksi cemerlang Ivan membolehkannya mencatatkan rekod masa baharu 57.06 saat sekali gus memenangi pingat emas acara berkenaan.

Katanya, selepas memperoleh dua emas pada acara-acara sebelum ini, dia berazam untuk menambah koleksi emas ketiga peribadi dalam acara trek 200m esok.

“Saya sangat gembira kerana dapat mencapai impian untuk memenangi emas dalam acara 400m dan 100m (semalam).

“Dengan itu, saya berharap dapat melakukan yang lebih baik pada acara 200m yang akan berlangsung esok,” katanya ketika ditemui TVS di Stadium Sarawak petang tadi.

“Dedikasi untuk 400m untuk saya punya abang kerana dia tidak dapat buat dengan terbaik pada sukma normal 2024 dan 100m untuk saya. Kalau saya menang 200m esok saya dedikasikan itu untuk saya punya kakak kerana dia pun tidak dapat lari 200m dengan baik di Sukma.

Dalam pada itu, pingat perak dimiliki oleh Thavanesvaran Subramaniam dari Johor dan tempat ketiga dimenangi atlet senegerinya, Muhammad Aiman.

Kedua-dua atlet tersebut turut berjaya memecahkan rekod, masing-masing dengan catatan 57.29 saat dan 1 minit 11.50 saat.

Sebelum ini, rekod acara 400m lelaki T44 dipegang oleh atlet Sarawak, Mawar Kumpang dengan catatan 1 minit 14.49 saat pada edisi Para SUKMA 2008 yang lalu.

Sementara itu, dalam acara berlainan, atlet tuan rumah Sarawak berjaya mendominasi podium dalam acara rejam lembing lelaki F41 yang mana pingat emas dipungut Richard Bada dengan catatan 21.47m.

Pingat perak pula dimenangi Teckman Mary yang mencatatkan 17.69m manakala Abdullah Syawal Majarol sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 17.33m.

Penyampaian pingat dan cenderamata kategori berkenaan disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan