Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN di Vientiane, Laos pada 26 hingga 27 September ini.

Fadillah ketua delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN di Laos

ByBernama

VIENTIANE, 24 Sept: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, di sini pada 26 hingga 27 September ini.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjelaskan mesyuarat itu akan dihadiri oleh kalangan menteri tenaga ASEAN dan dipengerusikan oleh Laos.

Menurut PETRA, perbincangan akan menumpukan kepada dasar dan hala tuju, pembangunan infrastruktur, pelaksanaan program dan aktiviti, perkongsian maklumat dan teknologi serta kepakaran dalam bidang tenaga di negara anggota ASEAN.

Kehadiran Fadillah membuktikan komitmen dan sokongan negara dalam menjayakan agenda ASEAN dan sebagai persediaan ke arah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025.

“Selaku Timbalan Pengerusi AMEM ke-42, Fadillah akan mengetengahkan pendirian negara dalam pelbagai isu di bawah bidang tenaga,” tambah PETRA.

Antaranya, inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG) sebagai agenda utama sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 bagi memacu peralihan tenaga negara dan ASEAN.

Kementerian itu memaklumkan, Fadillah turut membawa agenda pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta aspirasi Malaysia ke arah pembebasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih, khususnya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP).

PETRA memaklumkan AMEM merupakan satu landasan strategik bagi mengumpulkan semua pemegang taruh dan pihak berkaitan dengan industri tenaga di rantau ASEAN termasuk rakan dialog dan organisasi tenaga antarabangsa untuk membincangkan isu berkaitan pembangunan sektor tenaga secara holistik di rantau ASEAN.

“Perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif progresif oleh Malaysia ini mampu memberikan gambaran positif mengenai komitmen dan potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Tenggara,” tambahnya.

Pada masa sama, Fadillah akan mengadakan perbincangan dua hala dan pelbagai hala dengan menteri tenaga ASEAN dan negara rakan dialog serta ketua organisasi antarabangsa tenaga, menurut PETRA.

“Peluang ini akan dimanfaatkan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan serta membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk mendapatkan penjelasan mengenai dasar-dasar negara khususnya dalam membangunkan sektor tenaga dan teknologi rendah karbon yang menyokong aspirasi peralihan tenaga negara,” jelas kementerian itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan