Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh pada suku keempat 2024 dengan indeks pelopor mencatatkan 5.2 peratus pada Julai 2024. Foto hiasan Envato.

Ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh pada suku keempat 2024

BySaibi Gi

KUCHING, 24 Sept: Ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh pada suku keempat 2024 dengan indeks pelopor mencatatkan 5.2 peratus pada Julai 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kenyataan itu memaklumkan, Malaysia menyaksikan prestasi ekonomi yang memberangsangkan pada Julai 2024 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 5.2 peratus, mencapai 115.1 mata berbanding 109.4 mata pada bulan yang sama tahun 2023.

“Pertumbuhan ini dipacu oleh Import Benar Semi Konduktor yang melonjak sebanyak 36.7 peratus dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia meningkat sebanyak 35.4 peratus,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut DOSM lagi, prestasi bulanan IP juga menunjukkan peningkatan yang positif dengan mencatatkan 1.1 peratus pada Julai 2024, berbanding penurunan 0.4 peratus pada Jun 2024.

Import Benar Semi Konduktor (1.0 peratus) merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ini, menandakan pemulihan dalam sektor teknologi dan industri berkaitan.

“Melihat kepada trend jangka panjang terlicin pada Julai 2024, IP konsisten melepasi 100.0 mata, menggambarkan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan disokong oleh pengembangan positif dalam penggunaan domestik dan permintaan berterusan oleh pasaran luar,” kata DOSM.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan