Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh, Melaka. Foto hiasan Envato

Dua beradik maut motosikal rempuh tong sampah roro

ByBernama

MELAKA, 24 Sept: Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, motosikal yang ditunggang Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adiknya Nur Afiqah Sofea, 5, dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.

“Siasatan mendapati ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Amirul Hazlin dipercayai tidak perasan terdapat sebuah tong sampah roro di bahu jalan berkenaan sebelum melanggarnya.

“Dua beradik berkenaan mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran itu dan mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan di zon merah sebelum meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Muhammad Amirul Hazlin meninggal dunia pada 7.40 petang semalam, manakala adiknya pula meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi.

Pihaknya sedang mengesan pemilik tong sampah roro berkenaan serta saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan