BEIJING, 24 Sept: Bank pusat China hari ini melancarkan langkah baharu untuk meningkatkan ekonomi negara tembok besar dalam mengurangkan jumlah rizab bank tunai yang mesti disimpan dan menurunkan kadar faedah utama.
China akan “mengurangkan nisbah keperluan rizab dan kadar faedah dasar, dan memacu kadar faedah penanda aras pasaran ke bawah”, Gabenor People’s Bank of China, Pan Gongsheng memberitahu sidang akhbar di Beijing.
“Nisbah keperluan rizab akan dipotong sebanyak 0.5 mata peratus dalam masa terdekat untuk menyediakan mudah tunai jangka panjang kepada pasaran kewangan kira-kira 1 trilion yuan,” katanya.
Beijing juga akan “menurunkan kadar faedah pinjaman gadai janji sedia ada dan menyatukan nisbah bayaran muka untuk pinjaman gadai janji”, tambahnya.
Ia akan “memandu bank perdagangan untuk menurunkan kadar faedah pinjaman gadai janji sedia ada kepada sekitar kadar faedah pinjaman yang baru dikeluarkan”.
Ekonomi China, yang kedua terbesar di dunia, masih belum mencapai pemulihan pasca pandemik yang sangat dijangkakan kerana ia dilanda krisis hutang sektor hartanah yang berpanjangan, tekanan deflasi yang berterusan dan pengangguran yang tinggi. -TVS