Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ismail Berahim berkata pasukan boling padang Pahang hanya mensasarkan tiga emas menerusi kategori individu. Foto Jazni Hanif (TVS)

Boling padang Pahang tak sangka raih emas kategori beregu

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Sept: Pasukan boling padang kontinjen Pahang ke Para SUKMA Sarawak 2024 tidak menyangka membutirkan satu pingat emas bagi kategori beregu terbuka B1.

Kemenangan itu diraih menerusi usaha gigih Mohd Zamrie Hasan-Muhamad Alkudus Abdul Manah apabila menewaskan pasangan atlet Perak, Chan Ee Ven-Mohamad Farha Nasarudin.

Ketua Jurulatih Kontinjen Pahang, Ismail Berahim berkata pasukan boling padang hanya mensasarkan tiga emas menerusi kategori individu.

“Sasaran kita yang seterusnya adalah kategori perseorangan-B1, B2 dan B3 dan kita sasarkan akan mendapat pingat emas untuk ketiga-tiga acara ini,” katanya kepada TVS.

Bagi Muhamad Alkudus, ini merupakan Para SUKMA yang kedua disertainya selepas berjaya meraih pingat gangsa pada Para SUKMA 2022 yang lalu bagi kategori perseorangan.

Atlet Para Pahang, Muhamad Alkudus Abdul Manah. Foto Jazni Hanif (TVS)

“Saya rasa bersyukur kerana dapat menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen saya kali ini.

“Saya sendiri tidak menyangka akan dapat memberikan emas bagi kategori beregu ini dan saya baru dua kali menyertai sukan para ini,” katanya.

Manakala bagi Mohd Zamrie yang telah 20 tahun terlibat dalam menyertai sukan Para SUKMA menyatakan bahawa edisi kali ini merupakan rekod yang luar biasa dilakukannya.

Atlet Para Pahang, Mohd Zamrie Hasan. Foto Jazni Hanif (TVS)

“Untuk edisi sukan Para SUKMA Kuala Lumpur 2022 yang lalu pun saya berjaya memperoleh dua pingat emas bagi dua kategori iaitu perseorangan dan beregu terbuka,” katanya.

Dalam acara yang sama bagi kategori beregu terbuka-B2, kontinjen Pahang juga berjaya meraih pingat emas kedua yang menampilkan Muhammad Ayub Mohd-Wan Hajar Adilah Wan Mohamud dengan menewaskan atlet tuan rumah, Azizie Suip-Rustam Effendy Umar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan