Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
hasrat pasukan wanita negara untuk meraih emas berpasukan buat kali pertama juga tidak kesampaian apabila dipintas saat akhir oleh Korea Selatan. Foto, Thai Tenpin Bowling.

Boling Asia: Malaysia tambah dua emas namun terlepas acara berpasukan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Pasukan boling Malaysia menambah dua kilauan pingat emas pada Kejohanan Boling Asia ke-27 di Bangkok, Thailand semalam.

Rafiq Ismail muncul juara acara all events lelaki selepas menamatkan saingan acara perseorangan, beregu, trio dan berpasukan dengan himpunan keseluruhan 5,354 pin.

Pingat perak turut menjadi milik wakil negara menerusi Muhammad Hafiz Zainuddin yang mengumpul 5,303 pin.

Gangsa pula dikongsi oleh atlet Australia, Jarrod Langford dan pemain Korea Selatan, Park Dong Hyuk.

Sementara itu Sin Lin Jane pula menyumbang emas keenam Malaysia selepas menjuarai acara all events wanita.

Lin Jane mengumpul 5,152 pin dengan meninggalkan Daphne Tan dari Singapura yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Yuri Sato dari Jepun membawa pulang gangsa.

Boling Asia: Malaysia sapu bersih emas, perak dan gangsa

Terdahulu acara saingan berpasukan menyaksikan pasukan lelaki negara yang dibarisi oleh Syafiq Ridwan, Izz Naquiddin Putra Islahudin, Tun Amirul Hakim, Hafiz dan Rafiq gagal mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi lepas di Hong Kong.

Malaysia menamatkan saingan sengit di Pusat Boling Blu-O Rhythm & Bowl dengan pingat perak selepas membenam 6,423 pin dan hanya ketinggalan 27 pin kepada Singapura yang muncul juara.

Gangsa menjadi milik Hong Kong.

Sementara hasrat pasukan wanita negara untuk meraih emas berpasukan buat kali pertama juga tidak kesampaian apabila dipintas saat akhir oleh Korea Selatan.

Korea Selatan menamatkan acara itu dengan 6,100 pin, berkelebihan 17 pin berbanding Malaysia yang terpaksa akur dengan pingat perak manakala Jepun membawa pulang gangsa.

Lapan pemain Malaysia iaitu masing – masing empat lelaki dan wanita layak ke acara master hari ini bagi memburu baki dua pingat emas ditawarkan.

Boling Asia: Malaysia sapu bersih emas, perak dan gangsa

Tamat lima acara, Malaysia sudah mengesahkan gelaran juara keseluruhan selepas mengumpul enam emas, lima perak dan dua gangsa.

Pencabar terdekat Singapura dengan tiga emas sudah tidak mampu memintas Malaysia sekali pun wakil mereka menyapu dua emas acara master. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan