Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika melawat acara Para Boling Tenpin pada Para SUKMA 2024 di Megalanes Emart Batu Kawa, Kuching hari ini. Foto Awang Muhammad Izzat (TVS)

Atlet para pamer semangat juang tinggi untuk raih kemenangan

ByWilly Jali

KUCHING, 24 Sept: Atlet yang beraksi pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 diharap agar dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi sebagai pemangkin untuk meraih kecemerlangan pada temasya dwitahunan ini.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyeru agar atlet Para SUKMA Sarawak terus kekal yakin dalam menunjukkan aksi yang cemerlang.

Menurutnya, penjagaan dari segi emosi dan keyakinan diri perlu dititikberatkan dalam kalangan atlet.

“Semasa saya melawat ke beberapa tempat acara sukan hari ini, saya melihat para atlet menunjukkan semangat yang tinggi.

“Jadi saya mahu melihat perasaan dari segi emosi atlet dan juga dari segi keyakinan diri agar mereka kekal memberikan semangat juang yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas melawat acara Para Boling Tenpin pada Para SUKMA 2024 di Megalanes Emart Batu Kawa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya atlet tidak mudah rasa gementar dan kekal konsisten ketika beraksi.

Beliau turut menyifatkan Para SUKMA merupakan platform untuk atlet menunjukkan kemampuan diri dan menyerlahkan bakat mereka.

“Saya pesan kepada mereka agar tidak berasa gementar dan setiap altet perlu berkeyakinan tinggi. Jadi anggap ini peluang untuk mereka menunjukkan kemampuan dan kehebatan diri mereka.

“Saya berharap agar mereka menggunakan peluang ini dan buktikan mereka dapat melakukan yang terbaik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan