Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusdianto Rusmadi bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara renang 100m gaya kuak lentang lelaki S7/S8 di Para SUKMA XXI 2024. Lorenzo Isaac (TVS)

Arwah bapa saudara jadi inspirasi Rusdianto raih emas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 24 Sept: Arwah bapa saudara yang juga bekas atlet lontar peluru dan meninggal dunia pada tahun 2018 menjadi inspirasi Rusdianto Rusmadi berjaya meraih pingat emas untuk acara renang 100m gaya kuak lentang lelaki S7/S8 di Para SUKMA XXI 2024, dengan catatan masa 1 minit 18.68 saat.

Katanya, dia berasa gembira kerana sebelum ini prestasinya kurang memuaskan, tetapi kali ini dia berjaya memecahkan rekod buat kali kedua.

“Sebelum ini, rekod lama saya di KL pada Para SUKMA 2022. Sekarang, saya telah mencipta rekod baharu, iaitu rekod nasional,” ujar Rusdianto ketika ditemui pemberita di Pusat Akuatik Pandalela Rinong di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau berazam untuk menyertai kejohanan Para ASEAN di Thailand pada tahun 2026.

“Buat masa ini, saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan peringkat nasional. Saya mempunyai kontrak selama dua tahun di sana untuk mewakili negara.

“Pencapaian ini adalah hasil usaha bermula dari bawah. Saya telah mewakili zon dan negeri, serta pernah menyertai ASEAN Para Games tahun lepas. Tahun depan, saya akan menyertai Para ASEAN di Thailand.

Rusdianto kini menduduki tempat kelapan dalam ranking dunia dan bertekad untuk mengekalkan prestasi tersebut.

“Saya ingin terus bersaing dan memecahkan rekod-rekod lain di masa hadapan,” katanya lagi.

Untuk rekod, kejayaannya pada hari ini menandakan rekod baharu yang mengatasi rekod lamanya sendiri yang dicatatkan di SUKMA 2004 di Bukit Jalil, dengan masa 1:25.35 saat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan