Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada ketua isi rumah (KIR) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua di sini hari ini. Foto TVS

202 isi rumah mangsa banjir di Pulau Pinang terima bantuan RM1,500

TASEK GELUGOR, 24 Sept: Sebanyak 202 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kejadian banjir di negeri ini minggu lalu akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sumbangan itu membabitkan RM500 dan disusuli RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Mangsa banjir di Kedah berkurangan, Perak kekal pagi ini

Katanya, sumbangan berkenaan diberikan kepada keluarga yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) semasa banjir minggu lalu.

“Ini menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan sangat prihatin dan terkesan dengan mereka yang diuji dengan musibah banjir ini.

“Mudah-mudahan dengan peruntukan ini dapat membantu meringankan beban mereka untuk memperbaiki apa yang rosak selepas banjir,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua di sini hari ini.

Pada majlis itu, Shamsul Iskandar menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 kepada KIR terbabit.

Turut hadir, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang, Lim Siew Khim.

Untuk rekod, semasa banjir melanda negeri ini pada 17 hingga 21 September lalu, sebanyak 11 PPS dibuka di tiga daerah iaitu Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara membabitkan 760 mangsa daripada 202 keluarga.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lalu mengumumkan peruntukan RM13 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu mangsa banjir di Kedah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan