Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada jam 2.42 pagi, JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di Batu 18, Jalan Sandakan - Lahad Datu, Sabah. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (FB)

Warga emas maut lori tangki simen dipandu masuk gaung

ByBernama

LAHAD DATU, 23 Sept: Seorang lelaki warga emas maut selepas lori tangki simen yang dipandunya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 18 Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, Abd Halim Bolong, 72, cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.42 pagi tadi dan kemudian 10 anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Mangsa berada dalam keadaan tersepit di kabin serta tertimbus di dalam tanah dan mangsa berjaya dikeluarkan pada 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumsoa berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan