Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan, mewujudkan mekanisme kerjasama, bertukar pengetahuan serta menyerlahkan sumber dan peralatan perubatan. Foto hiasan Envato

UAE terus sokong penjagaan kesihatan di Gaza dengan kerjasama WHO

ByBernama

ABU DHABI, 23 Sept: Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan, mewujudkan mekanisme kerjasama, bertukar pengetahuan serta menyerlahkan sumber dan peralatan perubatan UAE yang didedikasikan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan bahawa sebagai sebahagian daripada Operasi ‘Chivalrous Knight 3’ yang sedang berlangsung, UAE telah menyediakan 12 tan bantuan perubatan, ubat-ubatan dan bekalan penting kepada WHO untuk menyokong hospital serta institusi penjagaan kesihatan di tengah-tengah situasi yang mencabar di Gaza.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju mengenai kepentingan menyelaraskan usaha bersama untuk memindahkan mangsa yang cedera dan mengesahkan komitmen hospital untuk terus menerima pesakit bagi memenuhi keperluan kesihatan kritikal di Gaza.

Mereka juga bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan bekalan bantuan perubatan yang berterusan dan menangani kekurangan penjagaan kesihatan.

Kedua-dua pihak turut membincangkan rancangan perubatan bagi membantu rakyat Palestin, termasuk penyediaan perkhidmatan perubatan penting, mewujudkan mekanisme penyelarasan untuk menyokong sektor penjagaan kesihatan serta membantu kanak-kanak yang menghidap kanser dengan memudahkan rawatan mereka di luar negara selain membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperlukan.

Lawatan itu merupakan bukti kepada misi kemanusiaan berterusan hospital medan UAE dan komitmennya untuk memperkukuh kerjasama perubatan dengan WHO. Sejak penubuhannya, hospital berkenaan telah memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Gaza.

Delegasi WHO memuji usaha kemanusiaan UAE dalam penjagaan kesihatan dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan bantuan perubatan kepada mereka yang cedera di Gaza, walaupun dalam keadaan yang mencabar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan