KUCHING, 23 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan rasa dukacita susulan insiden kebakaran 17 rumah di Kampung Hilir, Sibu semalam.
Mereka berdua turut mengutuskan ucapan simpati kepada mereka yang hilang tempat tinggal dan musnah harta benda.
“Semoga semua keluarga mangsa kebakaran yang terlibat tabah menghadapi ujian ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau yakin kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kesan dan beban ke atas mangsa-mangsa dan memberi bantuan apa yang perlu.
Seramai 156 mangsa hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang semalam.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.