Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Platun tentera yang sedang menjalani latihan terdengar bunyi tembakan yang dipercayai datang dari arah motosikal. Foto hiasan

Tembakan dipercayai dilepaskan dari arah motosikal

KUCHING, 23 Sept: Insiden yang meragut nyawa seorang anggota tentera di Song pagi ini dipercayai berlaku ketika platun berehat ketika menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi, Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja.

Sel Perhubungan Raya Markas, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan pada kira-kira 2.45 pagi, platun berkenaan mendengar bunyi motosikal melalui jalan balak berdekatan lokasi mereka berehat.

“Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi tembakan yang dipercayai datang dari arah motosikal berkenaan. Curiga dengan tembakan tersebut, pemeriksaan perimeter dilaksanakan serta-merta dan mendapati seorang anggota telah cedera akibat tembakan tersebut,” kata kenyataan itu.

Ketika kejadian, anggota sedang melaksanakan latihan di kawasan am Song bermula 21 hingga 29 September 2024 dengan kekuatan satu kompeni.

Anggota yang terkena tembakan itu dirujuk ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut pada 5 pagi yang kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 7.43 pagi di Hospital Kapit.

“Polis Diraja Malaysia sedang melaksanakan siasatan,” kata kenyataan itu lagi sambil mengingatkan orang ramai agar tidak menularkan gambar dan maklumat berkenaan insiden tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa rancangan pengurusan jenazah akan disempurnakan selepas proses post mortem selesai.

“Pihak waris yang berada di Sarikei telah dimaklumkan dan lokasi pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

“TDM mengucapkan salam takziah kepada waris dan ahli keluarga yang terjejas dan mendoakan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan