Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi semasa merasmikan seminar ‘ISO 29001: Elevating Your Quality Management in Oil & Gas – Competitive Advantage di Kuching hari ini. Foto TVS

Syarikat industri gas di Sarawak wajib dapatkan pensijilan ISO 29001 mulai 2026

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Sept: Semua syarikat yang terlibat dalam industri gas di Sarawak diwajibkan mendapatkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Minyak dan Gas (ISO 29001) mulai 2026.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pemain-pemain industri dikehendaki mengemukakan dokumen itu sebagai sebahagian daripada proses permohonan dan pembaharuan lesen.

Jelas beliau, dokumen wajib itu adalah bagi memastikan ketepatan pematuhan piawaian antarabangsa dalam usaha mengurangkan risiko dan meningkatkan kecemerlangan operasi dalam sektor minyak dan gas.

“Mereka mesti melampirkan sijil ISO 29001 apabila menyerahkan semua permohonan atau pembaharuan kepada kementerian pada 2026.

“Justeru, saya menggesa semua pemain industri gas di Sarawak untuk secara proaktif mendapatkan pensijilan ISO 29001 sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kecemerlangan operasi dan amalan terbaik industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan seminar ‘ISO 29001: Elevating Your Quality Management in Oil & Gas – Competitive Advantage di sini, hari ini.

Tambah beliau, pensijilan itu akan menjadi bukti komitmen pemain-pemain industri untuk melaksanakan amalan terbaik, selain memastikan kualiti produk, perkhidmatan dan pengurusan risiko adalah mampan.

“Keperluan ini terpakai kepada semua syarikat yang terlibat dalam industri gas, termasuk mereka yang mempunyai hubungan dengan Petronas.

“Yang penting adalah semua yang terlibat dalam industri gas. Pensijilan ini akan memastikan kita berada pada tahap keselamatan dan pengurusan risiko yang diiktiraf di peringkat global,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan