Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sal Priadi, bakal mengadakan konsert perdana di dewan Zepp Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024.

Sal Priadi Zuzuzaza bakal temui peminat di Kuala Lumpur

PELANTUN lagu viral ‘Dari Planet Lain’, Sal Priadi, bakal mengadakan konsert perdana di dewan Zepp Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024.

Konsert penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Malang, Indonesia ini merupakan anjuran syarikat pengelola konsert terkemuka, Kharisma Music.

Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny berkata konsert yang digelar ‘Sal Priadi Zuzuzaza Live in Kuala Lumpur’ merupakan usaha mereka membawakan hiburan secara ‘live’ kepada peminat di Malaysia.

“Konsert ini merupakan peluang unik bagi peminat di Malaysia untuk menyaksikan persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia,” katanya menerusi kenyataan media.

Dikenali dengan lirik puitis dan melodi yang memikat, Sal Priadi akan membawa penonton melalui perjalanan emosional yang mengujakan.

“Ini merupakan kali pertama saya membuat persembahan secara besar-besaran di Indonesia dan Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’, salah satu lagu yang diambil dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’.

“Lagu ini tentang membuat bunyi-bunyian sendiri yang menghidupkan semangat kreativiti, bahawa semua orang berhak mencipta sesuatu yang diingininya jika dia betul-betul yakin,” kata penyanyi lagu ‘Gala Bunga Matahari’ ini.

Kesemua kota di Indonesia yang bakal dilawati Sal Priadi ketika ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’ mempunyai maksud yang tersendiri, dan Kuala Lumpur juga punyai makna buat dirinya.

“Saya sempat membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan merasakan pengalaman ‘showcase’ album ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ harus dibawa dan dikongsikan bersama peminat di Kuala Lumpur.

“Kalau dahulu saya hanya membuat persembahan selama satu jam, kini penonton berpeluang menyaksikan saya beraksi selama dua jam lebih dengan hampir 20 lagu kesemuanya yang diambil dari album pertama dan kedua saya, dan yang pasti, persembahan kali akan berbeza dengan konsert yang sebelumnya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, kunjungi laman web ticket2u.com.my/sal-priadi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan